Pemilihan Bat:
1- Kenalpasti jenis permainan anda. Bat carbon tidak semestinya yang terbaik untuk anda.
2- Bat kayu (All Wood) mempunyai feel tinggi berbanding bat carbon. Ia diukur samada bat 1 layer sehinggalah 11 layer.
- Bat 1 layer dan 11 layer sangat jarang dalam pasaran (harga sangat mahal!). Biasanya bat kayu adalah dari 2 layer hingga 9 layer.
- Lebih tinggi layer, lebih tinggi feel kayu tersebut. Namun begitu ada pengecualian untuk bat 1 layer dan 11 layer kerana kedua-dua bat ini mempunyai feel lebih tinggi dari bat 2-10 layer.
- Pemain baru digalakkan menggunakan bat All Wood kerana belum mempunyai feel kawalan bola.
3- Terdapat beberapa jenis kayu digunakan untuk bat kayu. Setiap jenis mempunyai sifat dan tujuan tertentu.
- Cypress: kayu yang baik dan murah
- Ayous: kayu yang lembut
- Hinoki: keturunan Cypress, kayu lembut dan sangat laju
- Balsa: kayu lembut dan sangat ringan
-Walnut: kayu keras & mahal. Biasa diletakkan sbg layer luar dan di dalam kayu lembut.
- Movinge: kayu keras & mahal
- Ash: gabungan cypress + ayous
- Limba: kayu lembut
- Bass: kayu keras dan murah
- Planchonello: kayu sangat laju
- Yellow Aningre: kayu control paling baik
- Rosewood: kayu keras, cantik apabila digilap/polish & berbau wangi (nama kayu ros!)
4- Bat Carbon pula adalah bat yang laju dan keras. Ramai yang salah sangka bahawa bat carbon adalah ringan. Layer Carbon bermaksud bat tersebut lebih keras/lebih power berbanding bat tanpa layer Carbon.
5- Bat Carbon juga bermaksud, feel kayu tersebut semakin berkurangan. Ini sebabnya pemain yang sudah bagus & telah mempunyai 'feel' dalam permainannya perlu memilih bat Carbon untuk meningkatkan kuasa serangan ke tahap yang lebih tinggi.
6- Namun ada bat yang cuba mengimbangi 'feel' bat tersebut dengan 2 kaedah; pertama: mengurangkan layer Carbon kepada 2 layer sahaja. kedua; menggunakan 'thin layer/lapisan carbon nipis'. Sebagai contoh Bat butterfly Timo Boll Spirit (memang terkenal mempunyai feel yang tinggi dan carbon).
7- Lebih banyak layer carbon, bermakna lebih keras bat tersebut (lebih power/laju).
8- Tetapi perlu diingat, bat kayu juga mempunyai kelajuan sama dan lebih tinggi daripada bat carbon (sila rujuk tanda OFF, OFF-, OFF++ pada bat). Jadi tidak bermakna bat kayu adalah perlahan berbanding carbon. Kita perlu juga melihat jenis kayu yang digunakan kerana bat kayu ada yang perlahan (DEF) dan ada yang laju (OFF++).
9- Terdapat beberapa jenis Carbon digunakan dalam bat. Setiapnya mempunyai sifat berbeza.
- Carbon: bahan carbon supaya bat lebih power dan laju
- Arylate: gentian fiber yang mempunyai 'sweet sport' lebih besar dan serap getaran. (sweet sport= bahagian pada bat yang mempunyai feel paling best semasa stroke/pukul)
- Arylate Carbon: gabungan keduanya dimana ia mempunyai 'feel' lebih lembut.
- Power Carbon: carbon yang memberi kekuatan paling maksimum
10- Trend terkini adalah penggunaan 'Komposit Fiber' dalam pembuatan bat
- Contohnya ZLF (Zylon Fiber)
- Sifat fiber adalah ia lebih lembut, laju dan control lebih tinggi
11- Pemegang bat mempunyai beberapa jenis mengikut kesesuaian penggunaan.
- FL / concave : pemegang paling biasa digunakan (bawah besar atas kecil)
- ST / straight : pemegang lurus (sesuai untuk pemain defend)
- AN / anatomic / double flare : pemegang ada bentuk lekuk jari di tengah (jarang ditemui)
* Kesimpulannya Bat Carbon bersifat laju & sesuai untuk pemain penyerang (attacker player) dan Pemain skill tinggi (advanced player)
* Bat kayu pula lebih feel dan baik untuk permulaan. Jika sudah maju (telah develop gaya permainan sendiri) dan masih ingin mengekalkan feel, bolehlah menggunakan bat kayu laju (OFF+) ataupun bat kayu perlahan (DEF). Bat kayu laju (OFF+) adalah setanding dengan bat Carbon.
Pemilihan Getah (Licin):
1- Getah lembut lebih baik untuk spin (boleh rujuk pada info getah pada kotak getah/bat)
2- Getah keras lebih baik untuk permainan smash/drive/push
3- Getah tacky/melekit sesuai untuk permainan loop/lob. (Getah China biasanya lebih tacky daripada getah Eropah).
4- Getah speed tinggi (laju), sesuai untuk permainan jarak jauh dan fast spin/drive attack. Lebih laju sesuatu getah, spin akan menurun. [speed +, spin - ] [spin +, speed - ]
5- Getah mempunyai ketebalan span berbeza. Biasanya dari 1.0 - 2.5 (Max bermaksud ketebalan span 2.2-2.5)
6- Span menghasilkan daya rebound/lantunan ke atas bola yang menyentuh top sheet
(top sheet= getah hitam/merah)
7- Lebih tebal span, bermakna lebih tinggi lantunan dan lebih tinggi kelajuan/speed bola (getah MAX adalah paling laju).
8- Ketinggian spin sesuatu getah pula bergantung kepada kualiti top sheet sesuatu getah. (Contohnya: top sheet Bty Tenergy 64 lebih tinggi spin berbanding Bty Sriver)
9- Kekerasan sesuatu getah bergantung kepada degree° sesuatu getah. Lebih tinggi degree bermaksud lebih keras.
10- Getah keras lebih sesuai untuk permainan smash/drive/push
11- Getah lembut lebih sesuai untuk permainan spin/loop/top spin
12- 45° ke atas dianggap Getah Keras
13- 18° - 44° dianggap Getah Lembut
Pemilihan Getah (Pimple):
- Terdapat 3 jenis pimple dalam pasaran iaitu short pimple, medium pimple dan long pimple.
- Pimple pendek bersifat sangat laju dan lebih kawalan/control
- Pimple medium bersifat sederhana laju tetapi kurang kawalan. Ia juga menghasilkan getaran/wobble pada bola yang datang.
- Pimple panjang pula bersifat sangat perlahan dan tinggi sifat getaran/wobble. Pimple panjang mempunyai kawalan yang paling rendah.
- Terdapat juga pimple tanpa span(OX) dan ketebalan span 0.1 - 2.1
- Semakin tinggi span bermakna lebih laju getah pimple tersebut. Ini bermakna, getah OX adalah yang paling perlahan dan bergantung sepenuhnya pada kelajuan kayu bat.
- Di pasaran kini terdapat dua jenis getah long pimple berdasarkan sifat getah iaitu frictionless/no friction dan friction/grip.
- Frictionless bermaksud getah tersebut kurang grip dan sentiasa memulangkan putaran bola pihak lawan dengan mudah dan berlawanan arah. Contohnya jika pihak lawan memberi bola backspin/chop, getah long pimple frictionless akan memulangkan bola tersebut sebagai top spin/bola kosong. Begitulah sebaliknya.
- Getah frictionless sesuai untuk permainan control dan defend. Getah ini mengelirukan dan memberi mata mudah kepada pemain.
- Friction/grip pula bermaksud getah tersebut mempunyai grip. Ini memberi kesan besar kepada pemain yang mahu menyerang. Apabila getah long pimple memegang bola tersebut (sifat grip), maka mudah untuk melakukan serangan.
- Getah friction/grip juga mempunyai 2 kebaikan di mana ia boleh digunakan sebagai defend (perlu adjust stroke) dan juga permainan attack (sifat grip).
- Contoh getah frictionless yang biasa (semua model frictionless dah kene BAN! oleh ITTF mulai 1 Julai 2008)= Dr Neubauer Super Block-Scalpel-Monster, Hallmark super special-super defense
- Contoh getah friction yang biasa =Palio CK531A, DHS C7, DHS Cloud & Fog III, Hallmark Pheonix
- Salain itu, faktor utama yang menjadikan satu pimple mahal atau murah adalah bergantung kepada:
1- panjang pimple (lebih panjang, lebih getar/wobble)
2- saiz diameter permukaan bulat pimple (lebih besar diameter lebih kawalan/control)
3- jarak antara bulat pimple (lebih jauh jarak, lebih getar/wobble)
4- cara susunan bulat pimple
5- kelembutan batang pimple (lebih lembut, lebih senang batang pimple bengkok dan hasilkan lebih getaran/wobble)
6- teknologi pada permukaan bulat pimple (hasilkan grip berbeza apabila sentuh bola)
- Batang pimple boleh patah jika anda smash dengan terlalu kuat (walau pimple mahal sekalipun!)
- Bat kayu/allwood lebih sesuai untuk pimple kerana mempunyai 'feel' lebih baik. Biasanya pemain pimple memilih bat daripada kayu balsa dan hinoki yang lembut dan ringan.
Cara Potong Getah Ping-Pong:
* gam telah disapu dengan rata pada seluruh permukaan getah dan juga seluruh permukaan kayu. Ingat, pastikan NIPIS dan RATA! Tebal tidak bagus!
* apabila gam mulai kering (lihat dah tiada kesan gam basah), lekatkan kedua-duanya. (jangan risau gam itu kering dan tiada lagi, kerana gam ping-pong walaupun nampak kering, tapi power masih kekal ada).
* terbalikkan getah ke atas meja dan sila ikut tutorial cara pasang getah di bawah ini...
Cara Pasang Getah guna Waterbased Glue:
Cara Pasang Semula Getah / Reglue (Speedglue):
* klik pada gambar untuk view lebih besar
Cara Pasang Gabus pada Bat Anda:
* klik pada gambar untuk view lebih besar
Pemilihan Getah Tacky VS Getah Grippy/Non-Tacky (Getah Licin):
1- Terdapat pelbagai pendapat tentang sifat getah ini. Getah tacky (melekit) adalah sifat getah topsheet yang memegang bola satu atau beberapa saat apabila ditekan di atas bola dan diangkat. Getah Grippy pula langsung tidak memegang bola (Ini adalah contoh getah Jepun dan Eropah). Grippy bermaksud apabila bola dipukul pada bat, bola tidak tergelincir tetapi grip (dipegang) dan digesekkan untuk menghasilkan spin. bola akan melantun lebih cepat dan spin lebih baik...(lebih laju sebenarnya).
- Contoh getah tacky ialah hurricane 3, hurricane 3 neo, skyline tg3 neo, globe 999 dan lain-lain.
- Contoh getah grippy ialah butterfly sriver, yasaka mark V, donic acuda
- Contoh getah hybrid tacky dan grippy ialah Butterfly Tackiness, Butterfly Tenergy, butterfly Spin Art
2- Getah tacky kurang laju, tapi putaran spin bola adalah maksimum.
3- Getah grippy pula laju tapi putaran spin kurang sedikit (tapi masih spin kuat, cuma tak sekuat tacky)...
4- Bergantung kepada corak permainan kita, ada orang masih bermain spin tapi sukakan getah yang tacky.
5- Tapi ramai yang sukakan getah grippy untuk permainan spin kerana lebih mudah dan spin lebih laju masuk.
6- Pemain control/chopper/blocker lebih gemar getah tacky kerana effect spin chop/backspin lebih kuat dan berat. Ini memberikan mereka lebih tekanan kepada pemain spin attacker.